Wednesday, December 28, 2005

Alhamdulillah, aku masih hidup dan bernyawa di bumi tuhan ini. Maafkan aku kerana sudah lama aku tak updet blog aku nih. Bukannya apa, cuma terlalu sibuk dengan segala-galanya. Keje macam biasa laa sibuk memanjang. Tahun depan rancang nak cuti rehatkan minda. Mungkin aku dah terlalu letih dengan keje aku selama ini. Oh ya...., Insya-Allah aku akan bernikah pada 1hb. April 2006 jika tiada aral melintang. Jangan risau kawan2...., kalian semua dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan aku nih. Harap sudi doa2kan jodoh aku ni. Ini pun kat opis Sabrina tengah temankan dia buat dateline. Sambil2 temankan dia ada lak kemudahan internet so bolehlah aku updet blog aku nih.

Errr..., terlanjur aku apdet blog nih nak gak aku kongsi azam tahun baru aku dengan korang. Ermmmm...., aku nak keje dengan lebih efisien dan bijak. Dapat siapkan keje mengikut dateline yang telah ditetapkan. Nak menjadi suami yang mithali dan hidup bahagia bersama keluarga tercinta. Insya-Allah.....

Buat kawan-kawan satu perjuangan di Kajang High School sesi 1995, entah kenapa aku terkenangkan zaman persekolahan kita dahulu. Semuanya manis2 belaka. Especially untuk tingkatan 5D (Perakaunan 1). Teringatkan mee soto yang kaw2 nyer pedas. Banyak kawan aku yang dah berjaya dan tak kurang juga yang dah berkeluarga. Selagi hayat dikandung badan, aku akan tetap menyimpan memori ini jauh dalam sudut hati aku. Miss u all guys....

Yeahhh....., aku sekarang nih tengah sibuk membeli barang hantaran untuk Sabrina. Major item banyak dah beli cuma bende2 kecik je lagi yang belum berbeli macam tudung dan make-up.

Ok laa kawan2 semua, hanya ini sahaja untuk kali ini. Semoga Allah merahmati kita semua. Dan jumpa kawan2 bloggers pada 1hb Januari 2006 di Putrajaya. Alamakkkk....., aku tak bayar lagi yuran nih. Aku harap AJK GEJU tak kisah kalau aku bayar tunai masa gathering tu nanti. Bukan xde duit cuma tak sempat....

Sekian, wassalam...

P/s : Manje rindu kat abang tak??? Auwwwwww............

Tuesday, October 25, 2005

PUASA YANG BERMAKNA

Assalamualaikum w.b.t.....,

Ahakssss dah terlalu lama rasanyer aku tak apdet blog aku nih. Bukan sengaja cuma agak sibuk semenjak dua menjak nih. Anyway aku macam biasa sihat alhamdulillah. Dengan raya yang bakal menjelang, aku semakin teruja untuk menyarung baju melayu yang bakal aku ambik malam nih. Lepas berbuka nih rasanyer aku akan pergi ke Kajang. Ermmm aku rasa puasa pada tahun ini merupakan puasa yang paling menggembirakan aku. Maklumlah pertama kali mengerjakan ibadat puasa ini sebagai tunangan orang. Rasa seronok semacam, terasa ada yang sayang kat diri aku nih. Insya-Allah aku akan melangsungkan perkahwinan aku pada tahun depan. Nantikan kad kahwin aku tu....
Sekarang tengah giat mengumpul duit hantaran kahwin. Tak boleh boros macam dulu2. Menyesal rasanyer tak kumpul duit dari awal. Kalau tak dah selamat aku kahwin hari tu. Tapi ini semua dah di tetapkan so syukur.
Terasa rindu kepada kawan2 blogger yang sama2 melantit. Apakan daya keje aku yang sibuk mengalahkan perdana menteri telah membuatkan aku tidak mungkin untuk meluangkan masa bersama kalian buat masa ini.
Aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadat puasa walaupun aku tau aku lambat nak apdet blog nih. Tapi nawaitu mengatasi segalanyer...
Setakat itu je laa untuk kali ini. Sekian, terima kasih....
P/S : Errrr... Manje rindukan Abang x? Auwwwww.........

Friday, September 16, 2005

AKU DAN PROTON AKU

Aku Dan Proton Wira

Minggu lepas kawan sepejabat aku ingin menjual kereta proton wira 1.3 aeroback injection model tahun 2001. Kawan aku ni mengidam nak membeli proton waja dan bercadang untuk `let go` kereta wiranya kepada kawan-kawan. Tawarannya menarik di mana kereta proton wira 1.3 sedan model tahun 1995 aku (beli pada 2002) akan di beli oleh penjual kereta terpakai dengan RM18k (hutang bank RM17k++) di mana kawan opis aku nih beli waja dia so kira hutang aku akan terlupus dengan sendirinya. Kawan aku offer kereta dia kepada aku RM24,500/= dan loan boleh up sampai RM27,000/= so kira aku ada cash masa ambil kereta dia tu. So aku mengaku memang tertarik dan teruja. Namun setelah bertanyakan pendapat kawan-kawan satu pejabat dan pendapat aku sendiri. Ada pro dan kontra aku memutuskan untuk tidak membeli kerete nih.

Kereta yang tengah aku gunakan nih aku beli masa bekerja kat opis aku yang sekarang nih. Then merupakan kereta pertama yang aku beli dengan duit aku dan di tambah dengan duit mak aku (thanks mak) dan let go kereta Mitsubishi lancer. Walaupun kereta terpakai tapi bagi aku ianya memenuhi keperluan bajet aku. Ansuran bulanan kereta nih ialah RM477/= selama 6 tahun. Bulan 9 nih kalau aku bayar genap 3 tahun dan still tinggal 3 tahun nak habis. Walaupun condition kereta nih tak beberapa sempurna seperti cat menggelembung, pintu sebelah pemandu kemek sikit (kena langgar dengan motor kat Jalan Semarak) dan lampu brek belakang sebelah kiri pecah tapi kereta nih dah bawak aku sehingga ke Johor Bahru, Pasir Gudang, Seremban, Melaka, Pulau Pinang dan Kuantan. Tak pernah buat hal masa jalan jauh. Kalau nak meragam pun kat area rumah atau opis. Aku repair kereta nih sikit-sikit sekadar yang termampu. Bulan nih aku bajet nak tukar complete set lower arm bush kat belakang dan kosnyer sekitar RM400. Then nak servis auto choke kete aku dan kosnyer lebih kurang RM30. Aku sasarkan bulan nih RM500 untuk kerja-kerja membaiki kerete wira aku nih. General Overhaul aku dah buat tahun 2003. Baru-baru nih aku tukar complete set belting sekali dengan servis. So dengan apa yang aku dah buat aku rasa sayang nak lepaskan kereta nih. Dan yang paling penting lagi ialah hutang aku akan habis insya-allah pada bulan September 2008. So kenapa aku nak tanggung hutang sampai 2012? Aku kalau boleh nak less kan hutang secepat mungkin pasal nak kahwin tahun depan. So bulan oktober 2008 aku dah ada extra RM477 sebulan. Macam-macam aku boleh beli seperti susu dan lampin anak ke (kalau aku dah ada anak laa kan).

Bukan aku xmo ambik kete kawan aku tu. Terus-terang aku nyatakan kerete tu dijaga dengan teramat baik oleh kawan aku tu. Minyak hitam bila sampai 4,800km je akan ditukar sekaligus dengan penapis udara dan plug. 3-4 bulan sekali dia akan buat balancing dan alignment. Setahun sekali servis throttle body. Pakai rim 15 inci dan straight pipe ekzos. Kaler masih cun dengan kaler blue black. Cuci kereta 4 kali seminggu. Memang beruntung sape yang dapat kerete tu. Mesti puas hati. Aku turut kagum dengan kawan aku tu. Memang cermat pasal bab kereta nih. Dia offer kat kawan-kawan pun pasal sayang nak lepaskan kerete tu. Kalau kawan-kawan yang beli at least dia still boleh tengok kete tu lagi.

Tengok laa kalau ada rezeki terpijak macam kena loteri ke (errr aku tak pernah main loteri) bonus 3-4 bulan atau rezeki-rezeki yang sewaktu dengannya aku mengidam nak pakai kerete baru. Kalau boleh nak beli jenama lain macam Honda, Toyota, Hyundai, Kia atau Nissan ke. Ermm itu harapan aku je. Tak tau laa boleh dapat ke tak. Yang penting kena bersyukur. Aku sayangkan kereta aku yang sekarang nih. Walaupun kadang-kadang segan dan cemburu (sikit je tau) dengan owner kereta baru tapi aku still hepi pasal ada kerete sendiri. Biarpun ianya tak sehebat orang lain tapi sampai sekarang still enjoy bila drive kereta sendiri walaupun kurang selesa. Memang banyak duit aku habis untuk repair kereta nih tapi entahlah…. Rasa berat nak tukar kereta. Bukan aku tak pernah menyumpah kerete aku bila dia buat hal tapi rasa insaf lak…

P/s : Errr lagi pun aku jumpa dengan tunang aku pakai kereta nih. Sentimental value beb…
Semakin lama semakin sayang aku kat tunang aku nih. Bahagianya........

Wednesday, August 17, 2005

Ermmm aku mendengar khabar yang tak lama lagi division aku akan berpindah ke tingkat bawah, errr tak payah laa naik tangga lagi. Yeyehhhh…. so aku dah bayangkan bekerja dengan penuh ketenangan tahap sederhana. Wahhh… itu pun kalau rumour yang aku dengar nih menjadi kenyataan. Mintak-mintaklah di makbulkan oleh tuhan. Tak lama lagi aku akan mendapat pengurus baru so tak payah laa aku direct jumpa boss kalau ada masalah-masalah berbangkit. Kira ada improvement laa.

Tapi dalam cerita suka ada lak cerita duka. Dua orang kawan aku akan di tukarkan ke mechanical & meter division. Dan kerja diorang tu akan di tanggung oleh aku dan seorang staff baru. Alamak… balik malam laa jawabnya…. Apa nak buat, carry on bebehh… Layan je selagi boleh. Bila dah jadi macam nih kalau dapat vacation ke Langkawi pun kira okeh apa…Kena lak Sabrina temankan… opsssss!!! Ahaksss kena laa aku kawen dengan tunang aku tu secepat mungkin. Bahagianya…..

Well well well… kenalah aku minum kopi tongkat ali campur ginseng untuk tambah boost tenaga aku yang kian lama semakin lemah aku rasakan. Then kena jaga pemakanan aku yang nampaknya memang tak teratur. Semakin sibuk laa nampaknya aku nih yang memang selama ini sibuk tahap dewa. Alahai… tahun nih ada bonus ke tak eh? Nak kata bisnes kureng aku rasa macam bertambah mantap je kompeni boss aku nih. Tapi senyap je……. Ada apa-apa ke tu? Mintak-mintak laa boss aku mamai masa sign bonus kita. Dapat 6 bulan gaji tu kira ok kan :D (harus aku pengsan ekekekekkkk…)

Sambil-sambil aku apdet blog nih terasa rindu dengan tunang kesayangan. Oh Sabrina… abang miz u so much… Ehhhh… teromentika d`amore laa pulak aku nih :p aiseyyy lantak laa. Yang nyata aku memang sayangkan dia.

Jumaat lepas aku pergi ke Loji Air Sungai Sireh yang terletak di Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Setakat ni loji yang pernah aku pergi loji sg sireh ni laa. Lagi sikit nak ke Sabak Bernam. Masa menuju ke loji ni aku melalui kawasan penanaman padi yang luas terbentang. Percaya tak korang kalau aku cakap air mentah yang dirawat di loji ini berwarna hitam ala nescaffe O? Selalu yang bermain di minda ialah air mentah yang berwarna tanah ala lumpur. Punca air mentah di sini berwarna hitam ialah kerana tanah yang terdapat di kawasan ini ialah jenis tanah gambut. Ala…. tanah yang kaler hitam tu tanah gambut laa. Kira tugas kakitangan loji ini boleh di kira tough jugak laa pasal setiap isipadu air yang dirawat perlulah menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya dan Standard Piawaian Malaysia ( MS ) untuk menjamin keselamatan para pengguna. Air yang digunakan untuk memasak dan sebagai minuman haruslah tidak mendatangkan sebarang masalah kesihatan untuk tempoh penggunaan jangka panjang. Korang bayangkanlah dari kecik sampai laa kita besar panjang ( auwww…) kita menggunakan air paip tu. Alhamdulilah masih hidup sampai sekarang.

Sekian, terima kasih…

P/S : I LOVE YOU SO MUCH SABRINA ……

Friday, July 22, 2005

LETIHNYER!!!!

Alahai..., aku baru je balik dari Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Bertolak dari PJ pada Isnin (18/07/05). Aku macam biasa dalam setahun 2-3 kali aku akan turun ke sana untuk menghadiri kursus `Chlorine Emergency Service`. Tapi kursus kali ni ada subjek tambahan iaitu `First Aider`. Secara amnya kursus yang aku hadiri kali ini tak jauh berbeza dengan kursus yang dah aku hadiri cuma pada kali ni ada belajar cara memberikan pernafasan dari mulut ke mulut (syok ahhh kalau boleh praktis ngan Sabrina :p). Kat sana pakai patung je... ehehehehhh.

Aniwei sebelum bertolak ke Pasir Gudang tu pada sebelah paginya aku sempat fetch Sabrina dan hantar dia pergi keje. Singgah Tabung Haji sekejap pasal ada urusan peribadi. Bekpes sama2. Sedih semacam pasal terpaksa berpisah dengan tunang walaupun hanya untuk 4 hari. So pastu aku masuk opis untuk menyiapkan segala dokumen yang perlu sebelum berangkat ke Johor. Ahaksss..., sempat singgah ke opis Sabrina dan dia temankan aku lunch dan tapaukan aku air milo O buat bekal sepanjang perjalanan nanti. Thanks manje :D
Aku check in Hotel Selesa (yang tak beberapa menyelesakan :-) dalam kul 8-9 malam. Dinner kat Senibong. Perghhh boleh nampak Singapore seyyy!!! So habis makan tu balik berehat. Besoknya kursus tapi aku tak pergi pasal pening2 lalat. Letih wooo drive sensorang.
Sepatutnya kalau mengikut agenda aku akan dibawa round2 dan makan2 oleh Salleh Kamil tapi malangnya dia outstation ke Penang dan Kuantan. Hampeshhhhh. Kena laa aku kol Azmie Taman Mawar. Keluar dengan dia sampai kul 4 pagi. Round2 JB, tengok woodlands, Tanjung Langsat. Mengintai Singapore dari jauh. Insya-Allah kalau ada kesempatan teringin gak nak melawat Singapore. Nak merasai kehidupan orang kita kat sana :p
On the way back to KL pada Khamis (21/07/15) aku dapat sms dari Kak Nis suruh joint lantit. Alahai kak mintak maaplah ye. Teman sampai umah pun kul 12mlm. :-( ada rezeki kita jumpa lain kali k.

Buat Salleh Kamil, lenkali kita setting cun2 uptown k. Kasi gegar JB. Buat AyAres copek laa kuarkan keto jang oiiii :D Buleh jomput eden kek sano nanti yo jang...

Itu ajelah kot. Aku masih letih so mungkin lepas nih pekena teh tongkat ali dalam 2 periuk ke :p untuk menyegarkan kembali tubuh yang lesu ini.

P/s : Kita tak pernah lupakan awak tau ;p

Tuesday, July 05, 2005

Sehari Di Opis Tunang :p

Masa aku updet blog ni aku kat opis Sabrina. Aku dah janji nak temankan dia berbuka puasa. Cerita bab berpuasa korang dah ganti ke puasa korang yang tercicir tahun-tahun yang sudah? Ganti laa sementara masa masih mengizinkan. Bila cerita bab berpuasa nih aku terkenangkan masa aku kecik-kecik dulu. Korang percaya tak yang aku nih sampai sekarang takde sepasang baju melayu? Maksud aku baju melayu lengkap dengan seluar dan sampingnyer. Aku hanya ada sepasang baju melayu masa sekolah menengah je. Standard laa kaler putih.

Entahlah.., dulu aku hidup sederhana so untuk parents aku menyediakan sepasang baju melayu pon rasa macam ngam-ngam je bajet. Aku beli kemeja t dan slack. Kalau ada rezeki lebih merasalah pakai seluar denim @ jeans. Sampailah aku bekerja aku ada angan-angan nak tempah sepasang baju melayu tapi.........., bila mengenangkan arwah abah dan arwah adik aku rasa sayu sangat :-( Aku nak bergaya untuk siapa? Nak beraya dengan siapa? So sampai sekarang aku tak pernah ada sepasang baju melayu untuk raya puasa. Sampai umur aku tahun lepas 26 tahun. Bukan nak berkisah sedih cuma aku nak berkongsi rasa. Sebab semenjak 2001 bila abah aku meninggal aku memang tak pernah bercadang nak buat baju melayu. Menyusul pulak adik aku meninggal dunia pada 2003. Rasa memang tak bermaya je bila pagi raya tu. Rasa pilu sangat.... Nasib baik ada mak dan adik bongsu aku. Adalah semangat aku nak beraya sekadar mencukupkan syarat.

Alhamdulillah selepas 26 tahun..., aku terasa nak menempah sepasang baju melayu untuk dipakai masa hari raya puasa tahun 2005 ni. Semenjak ada sinar dalam hidup aku. Sabrina banyak melengkapkan hidup aku yang selama ini aku rasa banyak kekurangannya. Tunang aku belikan aku kain baju melayu untuk ditempah. Kaler sama macam kain baju kurung yang aku belikan untuk dia masa buat hantaran pertunangan hari tu. Kaler peach lembut. Rasa keseronokan untuk menyarungkan baju melayu semakin teruja!!!

Maafkan aku kalau buat korang sedih tapi...., tanpa kesedihan kita tak akan tahu betapa berharganya kegembiraan. Betapa perlunya kita menghargai setiap saat yang ada. Ayuh...!!! Mari kita berusaha untuk menggembirakan mereka yang tersayang. Semoga Allah merahmati kita semua. :-)

P/S : Abang rindukan you selalu Sabrina!!! Hari ini, esok dan selamanya...Insya-Alllah =">

Monday, June 20, 2005

YEAY!!!! AKU DAH BERTUNANG........... :p

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya pada 18/06/2005 (sabtu) aku dengan rasminya telah menjadi tunangan Sabrina Binti Baba. Rasa seronok yang teramat sangat. Rombongan meminang yang diketuai oleh pakcik aku (Uncle Kelly) dan pakcik makcik aku tiba di rumah Sabrina 4.50 petang, awal 10 minit dari masa yang dijanjikan (nampak sangat tak sabar :p).

Errr dah menjadi adat semasa rundingan peminangan berjalan, aku kena duduk luar. Nasib baiklah kawan-kawan aku dari Kajang dan rakan-rakan Blogger turut meramaikan jemaah aku. Terima kasih kepada OP, Ayares, E1, Tajul, Mr.X (aku tak cam :D), ND, Yan, Langsat, Zurie dan Nonie yang bersusah payah menghadiri majlis ini. Aku rasa terhutang budi. Tak lupa kepada Aepol, Ayep dan Isteri (Asmar), Faizal dan Isteri (Roza), Saufi, Shahir, Dzul, Wan Rongak, Rafien @ Waffer (Kazen), Aboy dan beberapa lagi yang aku tak ingat namanya. Kehadiran mereka membuatkan sepetak khemah kenduri menjadi penuh!!! Terima kasih kepada Uncle Kelly yang bersusah payah menyiapkan hantaran aku. Kepada makcik dan pakcik aku hanya senyuman yang mampu aku berikan. Tak lupa kepada sepupu-sepupu yang turut memeriahkan majlis. Tanpa mereka semua pasti majlis ini tidak menjadi semeriah ini. Aku bangga dengan semua ini. Terima kasih sekali lagi..... Dan rasa penghargaan yang tidak terperi kepada Ayares kerana sudi menjadi jurugambar secara bidan terjun. Tak sabar nak tengok gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera digital kau yang teramat canggih tuh!!!

Buat tunang abang, terima kasih kerana menyayangi insan seperti abang. Percayalah sayang yang diri ini amat menyanjung dirimu. Tiada kata-kata yang dapat mengungkap rasa kegembiraan yang bersarang di hati ini. Dan terima kasih di atas 15 dulang hantaran serba hijau sayang untuk abang. Semuanya memikat mata rombongan sebelah abang. Tahun depan kita KAWEN dan kita bina masa depan bersama-sama. Tak sabar rasanya sayang....

Errr...kemudahan internet aku ada problem so aku tak dapat aktif berYM lagi. Hanya blog sahaja yang menghubungkan kita. Anything just call me guys...
Aku rasa setakat inilah yang dapat aku coretkan untuk kali ini. Insya-Allah aku akan cuba up date dari masa ke semasa. Terima kasih semua :D
P/s : I Love You, I Miz You, I Need You. Tiada dua dan tiganya, hanya manje yang bertakhta di hati abang :">
Wassalam
**pa pa**

Thursday, June 16, 2005

LAGI 2 HARI!!!!!!!!!

Rasa amat gembira kerana besok dah jumaat.dan lusanya ialah hari sabtu, di mana aku akan bertunang dengan Sabrina. Betapa berdebarnya perasaan aku ni. Aku bakal menjadi tunangan orang!!! Menandakan komitmen kasih sayang di antara kami berdua. Terima kasih sayangku, abang akan membahagiakanmu sedaya mungkin Insya-Allah. Hati ini telah pun terpaut semenjak kali pertama kita berhubungan. Kasih sayang abang untuk manje adalah ikhlas.

Mak aku sakit balik, semalam aku pergi ke Perak dalam usaha mengubati penyakit mak aku nih. Aku pelik betul di dalam zaman yang canggih-manggih nih masih ada orang kita yang masih tak canggih. Menggunakan ilmu hitam dan sihir untuk melahirkan perasaan tidak puas hati mereka. Biarlah…, selagi aku mampu bertahan aku akan mampu bertahan. Allah bersama mereka yang teraniaya. Setakat ni inilah lokasi yang terjauh pernah aku datang di dalam usaha menyembuhkan mak aku. Aku tak kisah asalkan mak aku sembuh seperti sediakala. Terima kasih kepada Uncle Kelly yang tak pernah jemu mengambil berat akan nasib kakaknya (mak aku). Tuhan je laa yang dapat membalas budi baik uncle tu.

Anyway kepada kawan-kawan jemputlah ke 120, Blok 6, Rumah Pangsa Sri Labuan pada jam 5.00 petang. Aku dan Sabrina amat mengalu-alukan kehadiran kalian semua. Kalau dah sampai mana-mana telefon laa aku. Boleh aku standby kat majlis tu nanti sambut korang manalah tau kalian malu-malu kucing lak.

P/s: Sayang.., terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya. MUAHHHH!!!!!

Saturday, June 11, 2005

FINAL COUNTDOWN

Tinggal 7 hari sahaja dari tarikh entry ini di`publish`kan untuk aku bergelar tunang orang. Rasa bahagia je. Maklumlah ini merupakan komitmen kami sebelum bernikah kelak. Aku rasa hepi pasal bende nih. Family aku pun hepi. Family sabrina pon hepi. Hantaran aku untuk dia kaler peach dan balasan dari sabrina kaler hijau. Meriah seyyyyy!!!

P/S : Abang menantikan detik itu sayang :p

Saturday, May 28, 2005

HARI YANG INDAH

Semalam 27/05/05 (Jumaat) merupakan hari yang membahagiakan untuk aku. Aku mengambil cuti pasal nak gi shopping barang hantaran tunang aku (Sabrina That I Love) dan luangkan masa dengan dia. Terasa satu hari yang tidak menjemukan. Masa yang berlalu aku rasakan amat pantas berlalu. Thanx sayang kerana membuat diri ini berasa bahagia. Hidup ini menjadi lebih bermakna. Kasih mu akan sentiasa menemani diri ini. Semoga Majlis Pertunangan kita pada 18/06/05 kelak akan berlangsung dengan lancar. Amin......
P/s : I LOVE U SO MUCH SABRINA!!!!!!

Tuesday, May 17, 2005

ASSALAMUALAIKUM W.R.B
Assalamualaikum kawan-kawan semua. Alhamdulillah setelah berjuang hampir 3 bulan lebih dan sejumlah Ringgit Malaysia di gunakan akhirnya mak aku sembuh. Tinggal pemantauan yang konsisten yang sedang aku laksanakan. Syukur kepada Illahi kerana memperkenankan doa aku dan aruah adik aku. Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah turut sama mendoakan mak aku. Budi kalian semua tidak dapat aku balas. Hanya pada Allah aku serahkan semua ini. Dalam masa yang sama aku ingin berkongsi berita gembira dengan sahabat-handai aku seperti kad jemputan di atas. :p

P/s: I luv U Sabrina.... :-)
Ahmad Jais & Kartina Dahari
Budi Setahun Segunung Intan
Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

Monday, May 09, 2005

Assalamualaikum w.b.t

Setelah menjalani proses pertapaan yg meletihkan minda aku :p aku kembali ke pangkuan blog. Macam-macam yang terjadi sepanjang aku bertapa. Aku terpaksa kuatkan diri dan semangat aku. Selepas ini aku akan berlagak humble dan buat kepala sendiri kat opis. Maklumlah hari tu aku kena sound kaw-kaw sampai nak kena pukul. Tapi aku take it easy pasal aku pon bukannyer anak ayam yang dia boleh belasah sesuka hati mak bapak dia :p Tuhan itu adil kerana memberikan aku ujian begini. Kerana aku kenal siapa kawan-kawan opis yang boleh di percayai. Mak aku masih sakit dan di dalam proses akhir perubatan. Duit jangan ceritalah keluar macam air paip. Tapi mak ada seorang je. Kalau hilang mana aku nak carik gantinyer???
Anyway selamat pengantin baru kepada Pak Bear @ Afzal dan Dr. Najah. Hanya doa yang mampu aku kirimkan dan maaf kerana tidak dapat hadir. Dan selamat pengantin baru yang teristimewa daripada aku kepada Don Shay
@ Sharul dan Juju yang baru saja bernikah pada 07/05/2005. Kalau buat upacara pecah tanah tu pelan-pelan sikit ye bang, maklumlah tanah lembut :p
Ok laa kawan-kawan aku dah nak start keje nih. Maklum laa kena carik makan kang kena ugut pukul lagi lak. Takpe....,tuhan kan ada. Tulang empat kerat aku takkan izinkan dia membelasah aku dengan senang-senang. Jangan ingat kau seorang boleh jadi samseng hanya kerana aku hanya menjadi seorang pelawak di opis.



P/S: I Luv U Sabrina..., semoga kasih kita berkekalan :p

Thursday, March 31, 2005

ADAKAH INI ENTRY TERAKHIRKU???

Eh kenapa dengan kau nih? Tetiba je nak resign dari blog?Ada apa-apa ke nih? Entah laa aku pun tak tau....pasal letih kot?Laaa kita sebagai manusia mesti menghadapi masalah...,takkan ko give up pulak???Bukan give up cuma terasa letih yang teramat sangat. Aku dah tak larat memikul bebanan ini. Habis tu selama ni ko anggap blog nih membebankan kau ke? Tak..., bagi aku blog ni sumber melepaskan perasaan, aku sayangkan blog ni sangat!!! So kenapa kau nak quit??? Kerasa hidup mesti terus dan begitulah seterusnya sehingga kita dijemput mengadap Tuhan. Macam aku cakap tadi aku dah letih, lagi pun aku anggap aku bercuti. Tengok laa kalau hati aku terbuka balik aku akan aktif balik berblog...Aku harap kawan-kawan memahami aku kenapa aku mengambil keputusan nih.............
SilverBulletit : Nanti aku akan pulangkan bluetooth, kalau tak pon bulan 6 aku datang jumpa ko melantit sama-sama. Aku ingat nak beli je dari kau :p
Kepada semua bloggers teruskan usaha anda. Mungkin aku dah kalah... :-( Tapi perjuangan kalian mesti diteruskan.....
P/S: I Love U So Much Sabrina And I`m Really Mean It!!!
Wassalam

Wednesday, March 16, 2005

Assalamualaikum

Ketika aku menulis entry ini aku berada di opis kerana membuat kerja yang banyak. Entahlah.......semenjak dua menjak ni aku rasa dugaan yang datang kali ini bertali arus. Bagi mereka yang dah tau, mak aku jatuh sakit :-( Aku rasa amat tertekan. Aku tau ini semua ujian dariNya cuma kadang-kadang aku rasa seakan tidak termampu untuk menghadapinya. Tapi bila melihat muka mak aku, aku terpaksa menguatkan semangat untuk terus berusaha mengubatinya. Sedih............bila melihatkan mak aku. Mak...., selagi nyawa dikandung badan petz berjanji akan berikhtiar sedaya mungkin untuk mencari penawarnya. Biarlah ujian ini berakhir dengan cepat. Aku hanya mampu bertahan........, dan berdoa kerana hanya itu yang aku termampu. Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mak dengan linangan airmata....semoga mak cepat sembuh.
Kawan-kawan....,maafkanlah aku kerana tidak dapat menyertai aktiviti-aktiviti bersama kalian kerana aku mempunyai sesuatu untuk diuruskan. Hanya aku pinta agar kawan-kawan aku turut sama mendoakan mak aku supaya sembuh cepat. Aku tak bermaya....
Aku hanya insan biasa, hina lagi lemah. Aku tak tau nak cakap apa lagi....
Wassalam
P/s : I Love You Sabrina..., I Miz You So Much.....

Tuesday, March 08, 2005

PENGUMUMAN KHAS

BLOG INI AKAN BERCUTI MULAI HARI INI SEHINGGA KE SATU TARIKH YANG AKU SENDIRI TAK TAU. SEKIAN TERIMA KASIH..............
P/s: I love You Sabrina :-) Kasih I untuk You tak bercuti.....

Sunday, February 27, 2005

Wahahahahh.... :p

Pada hari jumaat hari tu (25/02/05) Pengarah Urusan aku telah mengadakan mesyuarat tergempar tepat pada pukul 9.00 pagi untuk Sales Department. Dapat memo pasal mesyuarat ni pon pada hari sebelumnya iaitu hari khamis. Semua staff termasuk aku yang cute (aku agak laa:p) ni pon tertanya-tanya apa kebendenyer yang boss aku nak mesyuaratkan. Punyalah kecoh sampai ada opismate aku bertaruh sesama mereka sendiri mengenai apakah isu-isu yang akan menjadi topik dalam mesyuarat kali nih. Aku tertanya-tanya jugak tapi aku hanya pasrah. Kalau ditakdirkan kena tembak dalam mesyuarat ni aku akan telan je.

So pada pagi jumaat tu macam biasa aku memang sampai awal ke opis so prepare segala baju kalis peluru untuk menangani tembakan-tembakan berkuasa dari Pengarah Urusan aku tuh.Tepat pada pukul 9.00 pagi mesyuarat pun bermula. Laaaa rupa-rupanyer Pengarah Urusan aku mengumumkan struktur operasi terbaru dimana satu perubahan drastik di samping tembakan-tembakan berkuasa sederhana dilepaskan :p diambil untuk meningkatkan tahap keberkesanan kerja kami nih. (Aikkk???) Pegawai yang selama ini menjaga ikut loji air akan menguruskan loji mengikut produk. So dulu aku akan jaga hanya satu akaun iaitu akaun Loji Air Sg Semenyih di Putrajaya, sekarang aku akan berhadapan dengan lebih kurang 40 buah loji yang menggunakan produk LIQUID CHLORINE. Satu produk yang digunakan dalam industri merawat air untk membasmi kuman di dalam air. Dalam banyak-banyak bahan kimia yang digunakan didalm industri merawat air ini Liquid Chlorine merupakan bahan kimia yang paling merbahaya. Kalau laa drum klorin ni bocor boleh mengakibatkan kawasan di dalam radius 30km terpaksa dikosongkan!!!(tak silap aku laa...) Pasal kalau terhidu gas klorin ni pada ppm (part per million) yang tinggi walau pun hanya dengan satu sedutan alamatnyer dengan izin Allah......., Innalillahwainailaihirojiun!!! Mati beb....


So selepas ini aku akan memohon kursus di NIOSH dalam bidang safety audit atau pun dalam bidang safety officer. Errr kena mintak syarikat sponsor nih :p. Kena beli buku rujukan teknikal dan kejuruteraan kimia (laaa kena belajar balik ke???) untuk memantapkan diri dalam pengetahuan bahan kimia nih. So lepas ni aku akan melakukan safety audit kat setiap loji air yang berkaitan dari segi aspek perkhidmatan, pengurusan keselamatan dan lain-lain. Aduiiiii boleh kurus aku dibuatnyer........Handphone aku tak boleh di matikan selama 24jam/365hari untuk sebarang kecemasan (macam operator laa pulak!!!)


Lupa lak nak bagi tau.....ada banyak bahan kimia dan aku ditugaskan untuk mengendalikan satu je iaitu seperti yang tersebut di atas tadi. Apa pun aku anggap ini sebagai satu cabaran di mana Pengarah Urusan aku percaya aku layak untuk menjalankan misi-misi khas ini :p. So aku kenalah membuktikan kebolehan aku pada pihak pentadbiran iaitu Rizal Rosli @ Petz bersedia untuk bekerja di bawah risiko yang tinggi demi memastikan rakyat menikmati bekalan air yang bersih. Aku akan anggap ini sebagai satu ibadat di mana aku berkhidmat untuk kepentingan rakyat jelata di negara ini amnya dan di dalam Selangor khasnyer. Insya-Allah aku akan melaksanakan tugasan baru ini dengan penuh rasa tanggujawab dan amanah. Walau pun aku rasa amat berat.

Aku mengadu pada S pasal benda nih dan S pujuk aku agar bersabar :p. Terima kasih sayang kerana senantiasa berada di sisi diri ini. You are great sayang.....!!!!

P/s: I Luv You S!!! (u know it)........ Muahhhhhhhh..... :-)

Tuesday, February 22, 2005

The Reason

I'm not a perfect person
As many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with every day
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why i need you to hear

I've found a resaon for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is You

And the reason is You
And the reason is You
And the reason is You
And the reason is You

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you............................

Sekian....terima kasih.............

Saturday, February 19, 2005

..::Hari Sabtu Yang Bercelaru::..

Perghhh...hari ni aku sampai kat opis pukul 7.00 pagi. Aku memang selalu sampai awal kat opis. Maklumlah aku duduk kat Kajang dan bekerja di Petaling Jaya. selalunya aku akan keluar dari rumah pada jam 6.10 pagi. Ehehehh...apa nak buat, demi mengelakkan kesesakan traffik yang aku melampau tahap DEWI aku terpaksa bertolak seawal itu. Hah....kenapa tak keluar pukul 7 atau 8 pagi??? Jawabnya muka aku akan jadi macam Incredible Hulk (tapi kulit coklat laaa... :p) bila aku sampai kat opis. Lenguh wooo tekan clucth!!! Tenaga yang dihasilkan melalui sarapan aku kat rumah habis begitu je (err...a.da lojik ke???) tanpa digunakan di tempat yang sepatutnya. Ok.....kalau dah sampai opis apa selalunya aku buat eh??? Ermmm...kalau mengantuk aku tidur dulu pasal opis aku start keje pukul 9 dan habis pukul 5. Kalau ada kerja banyak aku akan terus buat kerja tanpa tidur.
Hari ni aku menghabiskan masa dengan kerja (bukan pasal tu ke aku dibayar gaji???) :p yang melampau. Nak buat itu nak buat ini. Arghhhhh tension betul tapi apa nak buat, cari makan macam ni laa. So masa aku apdet blog ni pun dah pukul 5.30 petang so mata dah start kuyu..... Anyway malam ni selepas maghrib aku ada kenduri cukur jambul anak opismate aku kat langat. Kena laa pergi pasal nama pun dah kawan kan...Ermm...agak2nyer apa laa lauk kenduri tu eh :p. Ok laa kengkawan izinkan aku tido kejap pasal nak kumpul tenaga untuk majlis malam ni. Nak kunci alarm timer kat henpon nih... Bye2
P/s:Nasib baik S telefon, kalo tak memang kompom aku biol :p

Sunday, February 13, 2005

Assalamualaikum w.b.t

STREAMYX IN DA HAUSSSS!!!

Setelah sekian lama berjaya juga aku mensetup streamyx kat umah aku nih. Itu pun jenuh aku kol TMnet. Terima kasih pada kakitangan TMnet seperti Kartini, Alvin, Naza dan Punitha yang bersikap mesra alam :p dan profesional ketika melayani pelanggan yang cute macam aku nih. Budi baik kalian ini akan ku kenang selagi aku boleh ingat. Kalau dah terlupa aku nak buat macam macam mana lak kan. Tu laa pasal aku tulis dalam blog nih. Buat pertama kali dalam sejarah aku mengapdet blog dari rumah kat kajang. Rasa seronok laa. Tapi YM tak stabil laa pulak. Setiap kali aku YM dengan S musti pc aku heng. Tapi aku anggap ini semua dugaan dalam perhubungan kami.
Minggu ni aku rasa sungguh seronok kerana cuti panjang. Seronoknya kalau tiap-tiap minggu macam nih. Harapan aku semoga kalian dapat mengisi cuti ini dengan mereka-mereka yang tersayang. Berikanlah komitmen kepada mereka kerana tanpa orang yang disayangi siapalah kita. Luv u S.......(u know it)
Wassalam......